Episode 6

UR Baca: Bangkit Daripada Sedih

Episode 6

UR Baca: Bangkit Daripada Sedih

Hidup ini hakikatnya sebuah pelayaran. Kita sedang berada dalam sebuah bahtera yang dihempas badai tiada sempadan.Meraung dan menangis tidak akan menghentikan ngauman ombak laut. Bahkan ia akan terus memukul merenggang taut. Belajarlah untuk berdiri, jangan terus hanyut dengan air mata lagi. Menyalahkan takdir bukan satu penyelesaian, tetapi suatu kerugian.

MULA dikenali melalui hantaran-hantaran video berintipatikan motivasi dan kata-kata semangat di Instagram, kini karyanya sudah dibukukan dan sememangnya menjadi rebutan ramai terutama ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022).

Menggunakan nama Inche Lebah sebagai nama penanya, beliau mula melibatkan diri di dalam dunia penulisan sejak tahun 2016 dan telah menghasilkan sebanyak tiga buah karya bertajuk ‘Bangkit Daripada Sedih’, ‘Bangkit Wanita Bersedih’ dan ‘Bukan Mudah’.

Idea asal buku ini adalah ketika pandemik melanda di mana ketika itu ramai yang sudah berputus asa, kemurungan, sedih dan sebagainya. Permulaannya saya hanya melakukan video berintikan kata-kata nasihat serta motivasi bagi memberi ‘cahaya’ semula kepada kehidupan orang lain.