Pengurusan Hidup Sihat Wanita Berusia Melalui Amalan Fizikal, Pemakanan, Dan Istirahat

by Zainun Ishak Ab Strain

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan amalan aktiviti fizikal, amalan pemakanan, dan amalan istirahat yang dilakukan wanita berusia. Rasional kajian ini ialah untuk mencadangkan program aktiviti hidup sihat untuk warga berusia, terutama kaum wanita.

Dari aspek teori, kajian ini tuba melihat hubungan antara amalan aktiviti fizikal dengan umur, lokasi tempat tinggal, pekerjaan, faktor psikologi, dan perbelanjaan untuk aktiviti fizikal; hubungan antara faktor psikologi berkaitan amalan pemakanan dan amalan istirahat dengan umur, lokasi tempat tinggal, dan pekerjaan wanita berusia; serta hubungan antara amalan aktiviti fizikal, pemakanan, dan istirahat dengan penyakit kronik wanita berusia.

Kajian ini dijalankan secara kaji selidik, yang melibatkan 324 wanita berusia berketurunan Melayu; berumur 55 tahun dan ke atas; dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati majoriti wanita berusia kerap melakukan beberapa jenis senaman dan mengamalkan berkebun.

Bagi amalan pemakanan, wanita berusia didapati mengamal memakan makanan yang berkhasiat. Seterusnya, dari segi istirahat, wanita berusia menyatakan mereka mengamalkan istirahat sihat. Dapatan kajian menunjukkan tiada perkaitan antara amalan aktiviti fizikal, pemakanan, dan istirahat wanita berusia dengan tahap kesihatan mereka.

Dari segi implikasi dapatan kajian, penyelidik mengharapkan dapat membantu penyediaan panduan Dasar Kesihatan Warga Emas Malaysia; pembinaan program untuk warga berusia; dan program intervensi untuk warga berusia.

Please request the Thesis from us via the button below.

Q

Request Form

You might also be interested in