Amalan Kepimpinan Ciri Islam: Satu Tinjauan Di Kalangan Kakitangan Sektor Perkhidmatan Keagamaan Di Malaysia

by Jaafar bin Muhamad

Abstract

Kepimpinan ciri islam adalah salah satu topik pengurusan yang turut menjadi tumpuan oleh para pemimpin, akademik dan profesional masa kini. Kepimpinan dalam konteks kajian ini bukan dimaksudkan kepada orang nombor satu sahaja dalam organisasi, tetapi meliputi semua kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di tempat kerja . 

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang amalan kepimpinan ciri Islam disektor perkhidmatan, khususnya di Jabatan Agama Islam di Negeri Sembilan dan Kelantan yang telah beroperasi lebih daripada 25 tahun. Lima kepimpinan ciri Islam telah dipilih secara spesifik iaitu Syura komitmen, kesetiaan, keadilan, dan perhubungan Pemimpin-Pengikut. Ciri-ciri ini dihubungkaitkan dengan amalan sunnah seperti solat sunat, puasa sunat, berzikir, bersedekah, membaca Quran dan sebagainya untuk mengetahui kesignifikanannya diantara satu sama lain dan ini berbentuk empirikal.

Hasil penemuan kajian ini, didapati tiga variabel iaitu solat sunat, membaca al-Quran, dan negeri adalah signifikan kepada kelima-lima kepimpinan ciri Islam berkenaan. Ini menunjukkan ada kecenderungan pemimpin mengamalkan kepimpinan ciri Islam organisasi mereka bekerja.

Please request the Thesis from us via the button below.

Q

Request Form

You might also be interested in