Kesan Strategi Metakognitif Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Belajar

by Aminah Binti Mat Yusoff & Dr. Mohd Hisyam Bin Abdul Rahim

International Journal of Management, Accounting, Governance and Education 2022, Volume 1, Issue 3

Abstract

Kewujudan kajian yang berbeza mengenai hubungan antara strategi pembelajaran dan pencapaian akademik menunjukkan pengaruh positif dan mempunyai strategi yang efisyen terhadap proses pembelajaran. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan literatur review, dan juga bertujuan untuk melihat kesan strategi metakognitif terhadap pencapaian akademik pelajar di lima buah negara termasuk Malaysia. Tumpuan diberikan kepada penelitian artikel-artikel yang telah diterbitkan di lima buah negara dari tahun 2007 hingga Data penelitian menunjukkan bahawa, strategi pembelajaran seperti strategi metakognitif telah memberi kesan yang sangat signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah dan universiti dalam kursus-kursus yang berbeza. Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa strategi pembelajaran metakognitif yang merangkumi metodologi kajian seperti eksperimen, kuasi-eksperimen, hubungan atau korelasi, soal selidik dan juga meta Analisis merangkumi kedua-dua jantina pelajar (wanita dan lelaki) sangat berkesan kepada pembelajaran mereka dalam kursus yang berbeza (sains eksperimental, matematik, Tourism, kejururawatan, psikologi, Bahasa asing dan Bahasa Inggeris).

You might also be interested in

Verified by MonsterInsights