Kajian Perbandingan Mengenai Status Pendaftaran Terhadap Pematuhan Akta Dan Peraturan Dalam Menentukan Tahap Kualiti Perkhidmatan Taska

by Mariani Binti Mohamed Saad

Februari 202I

Abstract

Seiring dengan status Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020, di mana kadar rakyat Malaysia yang dijangka meningkat sehingga 70 juta, keperluan terhadap perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) akan terus meningkat. Statistik terkini pada Disember 2018 kadar rakyat Malaysia hanya 35 juta menjelang 2020, namun peningkatan kelahiran kanak-kanak di Malysia tetap meningkat.

Tahap kepuasan ibubapa terhadap perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di TASKA menjadi isu dan masalah yang harus dibincangkan. Pertambahan perkhidmatan TASKA mesti selari dengan terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Seksyen 8, Akta TASKA 1984 (Akta 308) dimana setiap TASKA mestilah meyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mematuhi standard piawaian yang ditetapkan.

Kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kajian lepas berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merupakan satu perkhidmatan yang sangat penting bagi setiap ibu bapa yang bekerja pada masa kini. Kajian ini telah dijalankan kepada orang respoden di 350 buah TASKA pelbagai jenis di seluruh Malaysia mengikut zon yang telah ditetapkan iaitu Zon tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Borneo. Permintaan terhadap perkhidmatan TASKA sentiasa meningkat terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam dan Petaling Jaya yang merupakan kawasan perbandaran yang sedang pesat membangun.

Mengikut statistik di Jabatan Kebajikan Masyarakat pertambahan permohonan pendaftaran TASKA meningkat sebanyak 100 peratus setiap tahun terutama di Negeri Selangor (Statistik Mei 2015, Jabatan Kebajikan Masyarakat). Menurut mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, terdapat hampir 3.57 juta wanita di Malaysia bekerja dalam pelbagai sektor dibandingkan 10 hingga 20 tahun yang lalu hanya kaum lelaki yang keluar bekerja (YADIM,2007). Peningkatan jumlah wanita bekerja menyebabkan perkhidmatan TASKA ini semakin menjadi keperluan utama pada masa kini.

You might also be interested in